KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan perlu menimbangkan penyaluran peruntukan lebih besar dalam usaha menangani isu penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP) bagi tanaman pokok getah dengan lebih efektif, kata Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Dalam menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KPK di Dewan Rakyat hari ini beliau berkata kerajaan telah memberi peruntukan berjumlah RM35 juta yang disalurkan kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi melaksanakan kawalan di 33,000 hektar kawasan terjangkit dengan LDP bagi tahun 2023 sehingga 2024.
Beliau berkata setakat hari ini 80,000 hektar tanaman pokok getah terkesan dengan penyakit LDP, dan berdasarkan dapatan awal LGM, kaedah kawalan yang dilaksanakan berkesan bagi mengekang penularan penyakit itu.
"Namun dengan kos kawalan bernilai RM1,100 bagi setiap hektar, saya harap Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan untuk memberi peruntukan yang lebih besar supaya dapat menangani isu penyakit LDP dengan efektif," katanya.
LGM telah melaksanakan kawalan bagi keluasan tanaman 33,000 hektar iaitu pegangan kebun tersusun seperti rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), ladang getah swasta di Semenanjung Malaysia dan pekebun kecil individu di Sabah dan Sarawak.
Baki 47,000 hektar bagi pekebun kecil individu di Semenanjung Malaysia pula akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Mengenai keberhasilan teknologi gas stimulan dalam meningkatkan hasil getah, Johari berkata keberhasilan teknologi ini telah terbukti bagi pokok getah yang muda.
"Namun LGM masih dalam proses untuk melaksanakan kajian keberhasilan gas stimulan bagi pokok getah yang sudah tua (lebih daripada 12 tahun) dan sedang mencari kawasan tanaman yang sesuai untuk menjalankan kajian ini," katanya.
Beliau berkata industri getah tempatan memerlukan 1.4 juta tan metrik getah asli, dan tahun lepas Malaysia hanya menghasilkan 346,000 tan metrik getah asli, manakala 2022 sebanyak 377,000 tan metrik.
Katanya sehubungan itu pengeluar-pengeluar produk getah seperti sarung tangan, tayar dan lain-lain perlu mengimport getah asli untuk mengatasi kekurangan ini dengan mengimport 950,320 tan metrik getah asli (2022: 1.16 juta metrik tan) bernilai RM5.4 bilion (2022: RM7.2 bilion).
Sementara itu Johari berkata KPK sedang meneliti model konsolidisasi atau penyatuan pekebun-pekebun kecil mengikut kluster (500-1,000 hektar setiap kluster) bagi meningkatkan kapasiti, mengurangkan kos, melibatkan ketiga-tiga tahap dalam rantaian nilai industri getah (huluan, midstream dan hiliran) dan menarik minat penoreh melalui pendapatan yang tetap dan stabil.
"Cadangan kluster ini akan dilaksanakan di tiga negeri yang mempunyai tumpuan kawasan tidak bertoreh yang lebih tinggi iaitu Kelantan (34,621 hektar), Kedah (24,058 hektar) dan Pahang (19,481 hektar)," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Johari berkata setakat hari ini 80,000 hektar tanaman pokok getah terkesan dengan penyakit LDP. - Gambar fail/Bernama
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.
Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan
Tahun lepas, RISDA memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar.
Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.
11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu
Semua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noriah Osman.
Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar
Pergetah Kedah berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.
PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil
Jumlah tersebut merangkumi 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) sebanyak RM38.16 juta dan 17,784 peserta Tanam Semula Komersial (TSK) sebanyak RM68.64 juta.